Sunday, February 10, 2019

Umur 30 Tahun Ke Bawah Paling Best Rancang Kewangan! Ini 3 Sebab Utama

Kebiasaannya umur 23-24 tahun dah grad dan mula carik kerja. Bila dapat gaji pertama, rasa best tu tak tahu nak describe macam mana. Tapi, jangan seronok sampai lupa diri sangat! Ini TIGA sebab utama kenapa umur 30 tahun ke bawah paling best rancang kewangan!

1. Komitmen masih rendah

Kebiasaannya, seawal pekerjaan komitmen masih rendah. Duduk pun kalau KD dulu memang menyewa bilik. Katakan duduk dekat dengan hub pengangkutan awam, dah jimat kos beli kereta. Paling-paling pun komitmen bayar PTPTN dalam RM 100 sebulan. Time ini memang best rancnag kewangan sebab boleh menyimpan banyak.Rugi sangat kalau awal-awal kerja dah terjebak dengan hutang kad kredit atau hutang kenderaan yang terlalu tinggi. Bila komitmen rendah, dan kita didik tabiat simpanan tu dah tak susah kita nak menyimpan di kemudian hari!

2. Tempoh Pembiayaan Panjang - Kurangkan ansuran bulanan pinjaman.

Kalau lepas 6 bulan dari mula bekerja, slip gaji dah mula nak laku. Time ni memang best sebab dah boleh mula merancang macam-macam. Nak mula pelaburan hartanah? Pun dah cukup cun. Nak mula dulu dengan ASB Financing kumpul deposit hartanah? Pun dah boleh sangat dan sangat digalakkan.

Sekarang ni pulak ASB Financing dah buka tempoh pembiayaan sehingga 35 tahun (atau sehingga umur 65 tahun)! Kalau dulu 30 tahun je. Yang ni yang untungnya orang muda. Sebab apa? Contoh kalau dulu tempoh 30 tahun, ambil RM 100K ASB Financing, komitmen bulanan dalam anggaran RM 540 (tanpa takaful) tapi kalau sekarang ambil RM 100K ASB Financing dengan tempoh 35 tahun, komitmen bulanan jatuh RM 505 je. Dapat jimat RM 35 beb! Siapa tak nak? Dividen dapat sama je. (Yang ni sis KD tunjukkan lagi nanti)

3. Tiada Masalah Kesihatan

Yang ni sangat penting. Sebab apa, bila kita tahu kita dalam keadaan sihat, kita akan rasa lebih semangat nak bekerja dan menjemput rezeki. Dan yang paling utama, bila kita tiada masalah kesihatan, cepat-cepat rancang bahagian perlindungan risiko kewangan. Ambil medical card dan hubah siap-siap. Satu lagi, sebab apa bawah 30 tahun paling sesuai? Sebab sangat murah ambil plan perlindungan sewaktu muda berbanding bila dah umur 40-45 tahun macam tu. Jadik jangan tunggu lagi. Rancang dengan bijak K!


Nak tahu lagi dan lagi?

Jom klik