PTPTN
Hari ini saya akan mengupas mengenai PTPTN.
PTPTN atau Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional diwujudkan bagi membantu memberi pinjaman pendidikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tempatan.
Ini akan membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian.
Apa yang saya perhatikan bila mana kita menyebut mengenai PTPTN, ramai menarik muka masam dengan mengatakan PTPTN ini adalah kejam.
Tetapi sewaktu kita belajar, ramai juga berpusu mendapatkan pinjaman PTPTN untuk mendapatkan segulung ijazah.
Tak kurang juga ramai ternanti-nanti duit PTPTN masuk untuk membeli gajet terbaru.
Silap siapa? Tepuk dada, tanya diri sendiri.
Jangan menangis atas kesilapan lalu tetapi berusahalah untuk memperbaikinya.
===================================================
Bagaimana pembayaran balik PTPTN diambil kira?
1. Berdasarkan syarat dikenakan, pembayaran balik akan berkuatkuasa 6 bulan secara automatik selepas tamat penggajian TANPA perlu menunggu surat pembayaran balik dari PTPTN.
2. Kos upah (ujrah) akan mula berkuatkuasa pada bulan ke-7
3. Sekiranya anda masih lagi menggunakan sistem konvensional, saya sarankan anda bertukar ke kos ujrah, dengan syarat bayaran PTPTN anda memang tiada tunggakan.
4. Secara automatik juga, semua peminjam setelah 6 bulan tamat pengajian akan disenaraikan di dalam CCRIS.
5. CCRIS merupakan rekod pembayaran balik pinjaman-pinjaman berlesen seseorang individu.
6. Peminjam perlu membuat bayaran secara konsisten mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan oleh PTPTN bagi mengelakkan tunggakan demi memastikan rekod CCRIS berada dalam keadaan baik.
====================================================
Bagaimana menangani tunggakan dalam PTPTN?
1. Sentiasa membuat bayaran awal, sebaik-baiknya sebelum 15hb setiap bulan
2. Sentiasa mengikut jadual bayaran balik yang diberi.
Contoh - Sekiranya bayaran balik adalah RM 200 sebulan, jangan sesekali bayar kurang dari RM 200 kerana sebarang shortfall akan direkod sebagai tunggakan di dalam CCRIS.
Sebarang rekod buruk dalam CCRIS akan menyusahkan anda mendapat fasiliti bank untuk pembiayaan kereta, rumah dan sebagainya.
====================================================
Apa saya perlu lakukan sekiranya ada tunggakan?
1. Sekiranya anda rasa atau anda agak ada tunggakan, perkara terbaik adalah rujuk pada kaunter PTPTN.
2. Setelah jumlah tunggakan diketahui, ada beberapa option anda boleh lakukan.
-> Sekiranya anda ada cash yang banyak, sila buat jumlah bayaran penuh untuk tunggakan tersebut.
-> Sekiranya anda tiada cash, boleh apply untuk pengeluaran acc 2 KWSP untuk menyelesaikan jumlah tunggakan.
Sayang nak keluar duit akaun 2 sebab nak reserve duit deposit beli rumah? Percayalah kalau anda tak settlekan tunggakan tersebut, tiada bank nak bagi pinjaman perumahan anda. Jangan risau. Utamakan apa yang perlu.
* Key point - Selepas tunggakan diselesaikan, sila ke kaunter PTPTN untuk membuat penstrukturan semula pinjaman PTPTN
(Perkara ini akan mengurangkan komitmen bulanan anda)
-> Sekiranya anda merupakan peminjam bawah skim konvensional, sila selesaikan 50% dari bagi tunggakan serta kos-kos pentadbiran dan sebagainya untuk anda memohon pertukaran kepada skim ujrah. Skim ujrah akan menjimatkan banyak wang anda.
-> Sekiranya option 1 & 2, tidak boleh anda lakukan, anda boleh membuat pembayaran lebih setiap bulan.
Contoh, sekiranya anda tertunggak selama 24 bulan dan bayaran balik bulanan adalan RM 200 sebulan, usahakan untuk bayar RM 500 sebulan
Maka, tunggakan anda akan clear dalam masa 2 tahun. Lama bukan?
====================================================
3 Langkah Mudah Selesaikan PTPTN dengan segera
(Di samping mengikut Jadual Bayaran Balik dengan displin)
1. Duit Bonus
Anda ada duit bonus? Gunakan 50% dari duit bonus setiap tahun untuk bayar PTPTN. Nescaya, baki PTPTN anda akan cepat berkurang
2. Potong perbelanjaan tak perlu dan buat bayaran lebih PTPTN setiap bulan
Sekiranya anda masih lagi seronok tengok ASTRO dan baki pinjaman PTPTN anda masih banyak, sila insaf. Kerana duit bayaran ASTRO boleh dibuat sebagai bayaran lebihan pada PTPTN. Nak seronok memang best, tapi ada tempatnya dan ada masanya. Berkorban sementara tak salah.
P/s: Hanya contoh - Boleh jadi percutian yang melebihi kemampuan, kereta yang setiap tahun kena tukar sport rim dan sebagainya
3. Cari pendapatan sampingan
Cari pendapatan sampingan untuk menampung komitmen sedia ada dan membuat bayaran extra kepada PTPTN setiap bulan. Nescaya, anda akan lihat baki pinjaman akan turun dengan cepatnya.
====================================================
What's More? (Insentif Bajet 2017)
1. Untuk dapatkan rebate 10% ke atas pinjaman PTPTN anda, anda hanya perlu
-> Diskaun 10% untuk bayaran sekurang-kurang 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran
Atau
->Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau Direct Debit mengikut Jadual Bayaran Balik (JBB) ditetapkan.
2. Diskaun 15% untuk penyelesaian penuh keseluruhan baki hutang pinjaman.
====================================================