Thursday, December 27, 2018

Tips Bercuti Tanpa Pening Kepala

Dah penat bekerja, mesti kita nak some me time untuk refresh dan reward diri sendiri kan?

Kebiasaanya, orang akan memilih untuk BERCUTI sebagai cara reward diri sendiri. 

KD share tips untuk bercuti tanpa pening kepala!

First: Check kalendar. Tahu tarikh-tarikh yang perlu ambil cuti untuk bercuti. Sesetengah orang tak suka bercuti time public holiday. Sebabnya nanti ramai orang. Tak boleh cari kedamaian. 

Boleh check kat link ini untuk tarikh yang best bercuti: https://www.malaysiatercinta.com/2018/09/kalendar-cuti-umum-sekolah-2019.html


Second: Tahu berapa bajet untuk bercuti. Tetapkan bajet untuk bercuti pada awal tahun sebab lebih mudah merancang berapa nak simpan untuk bercuti nanti. Contohnya dah tetapkan RM 4,800 untuk bercuti. Maka, setiap bulan kena simpan RM 400 kalau nak bercuti bulan Dec 2019. Kalau nak bercuti bulan 6, kena simpan RM 800 setiap bulan. Barulah kita bercuti guna duit yang ada, bukan guna duit kredit kad :) 

Third: Dah prepare budget dan dah tahu berapa nak simpan, carik destinasi yang sesuai dengan bajet kita. 

Fourth: Dah tahu destinasi, boleh start survey Trivago, Expedia atau AirAsia. Tahu tarikh-tarikh penting yang mana website ni buat offer. Sebab nanti boleh jimat banyak! 

Last sekali! 

Have fun! We all deserved to have fun once in a while!

2019! IT'S NEARLY HERE!

Soo. In less than a week, we will be welcoming a new year! A year before 2020.

Are you guys ready?

Adakah tahun 2019 akan jadi lebih baik dari tahun 2018?

Here's how you can instantly make 2019 better!

1. Start menyimpan.

Start with small but consistent amount. For example 5% of the salary. Contohnya jika anda bergaji bersih RM 3,000 - start menyimpan RM 150 sebulan. Selepas dah few months consistent, mungkin boleh increase simpanan anda. KD ada cara macam mana nak menyimpan dengan displin.

2. Mula buat budget

Ramai orang gagal dalam pengurusan kewangan sebab tak tahu duit keluar masuk. Tahu - tahu duit akhir bulan habis. Selagi mana ada duit dalam bank,selagi tu rasa macam nak cucuk duit. Jadi macam mana nak mula menyusun?

1. Buat bajet
2. Keep track expenses ikut bajet
3. Post mortem perbelanjaan dan bajet

3. Start carum takaful

Kalau nak sukses kewangan, takaful is an important part! Kalau still tiada plan takaful, 2019 adalah tahun yang sangat sesuai untuk mulakan caruman takaful terutamanya life takaful.

Kenapa?

Sebab buat pertama kali, kerajaan telah mengasingkan pengecualian cukai untuk kwsp dan caruman life takaful. Untuk tahun 2019, rakyat Malaysia boleh mendapat sehingga RM 3,000 pengecualian untuk caruman life takaful. Ini lah masanya untuk anda sediakan plab takaful dan hibah untuk keluarga tersayang!


4. Review kewangan anda.

Mulakan tahun 2019 dengan review semula kewangan anda. Apa yang anda nak capai? Plan kewangan yang bagaimana yang sesuai? Pelaburan bagaimana yang sesuai? Trust me, sekiranya anda mengetahui tahap kewangan anda, at least anda tahu di manakah anda sekarang. Pasti lebih mudah nak capai kebebasan kewangan nanti!


In the meantime, let us enjoy these few days left of 2018!


Friday, August 24, 2018

Pendekkan Tempoh Pinjaman Rumah Selama 10 Tahun

Semua orang ada impian untuk beli dan duduk di rumah idaman masing-masing.

Bayangkan jika anda beli rumah berharga RM 500,000 pada umur 30 tahun dengan jangka masa pinjaman selama 35 tahun. Bermakna anda akan habis bayar loan tersebut anggaran pada usia 65 tahun! Itupun jika BR tak naik dan anda tak pernah missed payment.

Tak kan umur 65 tahun baru nak ada aset atas nama sendiri?

Sebenarnya, ada cara nak pendekkan tempoh pinjaman perumahan!

Tapi tak semua orang boleh buat macam ni tau. Ia bergantung pada LO yang anda sign waktu awal2 anda buat pinjaman perumahan.

So macam mana caranya?

Cuba tengok gambar di bawah, jika anda membuat pembiayaan RM 400K selama 35 tahun pada kadar interest 4.35%

1. Buat tambahan bayaran sebanyak RM 350 sebulan.
2. Jimat tempoh bayaran selama 10 tahun!
3. Jimat interest lebih RM 100K

Menarik kan? Jadi, pastikan anda faham kandungan LO anda dan bila dah faham bertindaklah!

Kalau tak pasti, boleh review LO dengan KD.


KD
0189598370

Wednesday, July 18, 2018

PTPTN (Last Updated: April 2017)

PTPTN

Hari ini saya akan mengupas mengenai PTPTN.
PTPTN atau Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional diwujudkan bagi membantu memberi pinjaman pendidikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tempatan.
Ini akan membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian.
Apa yang saya perhatikan bila mana kita menyebut mengenai PTPTN, ramai menarik muka masam dengan mengatakan PTPTN ini adalah kejam.
Tetapi sewaktu kita belajar, ramai juga berpusu mendapatkan pinjaman PTPTN untuk mendapatkan segulung ijazah.
Tak kurang juga ramai ternanti-nanti duit PTPTN masuk untuk membeli gajet terbaru.
Silap siapa? Tepuk dada, tanya diri sendiri.
Jangan menangis atas kesilapan lalu tetapi berusahalah untuk memperbaikinya.
===================================================
Bagaimana pembayaran balik PTPTN diambil kira?
1. Berdasarkan syarat dikenakan, pembayaran balik akan berkuatkuasa 6 bulan secara automatik selepas tamat penggajian TANPA perlu menunggu surat pembayaran balik dari PTPTN.
2. Kos upah (ujrah) akan mula berkuatkuasa pada bulan ke-7
3. Sekiranya anda masih lagi menggunakan sistem konvensional, saya sarankan anda bertukar ke kos ujrah, dengan syarat bayaran PTPTN anda memang tiada tunggakan.
4. Secara automatik juga, semua peminjam setelah 6 bulan tamat pengajian akan disenaraikan di dalam CCRIS.
5. CCRIS merupakan rekod pembayaran balik pinjaman-pinjaman berlesen seseorang individu.
6. Peminjam perlu membuat bayaran secara konsisten mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan oleh PTPTN bagi mengelakkan tunggakan demi memastikan rekod CCRIS berada dalam keadaan baik.
====================================================
Bagaimana menangani tunggakan dalam PTPTN?
1. Sentiasa membuat bayaran awal, sebaik-baiknya sebelum 15hb setiap bulan
2. Sentiasa mengikut jadual bayaran balik yang diberi.
Contoh - Sekiranya bayaran balik adalah RM 200 sebulan, jangan sesekali bayar kurang dari RM 200 kerana sebarang shortfall akan direkod sebagai tunggakan di dalam CCRIS.
Sebarang rekod buruk dalam CCRIS akan menyusahkan anda mendapat fasiliti bank untuk pembiayaan kereta, rumah dan sebagainya.
====================================================
Apa saya perlu lakukan sekiranya ada tunggakan?
1. Sekiranya anda rasa atau anda agak ada tunggakan, perkara terbaik adalah rujuk pada kaunter PTPTN.
2. Setelah jumlah tunggakan diketahui, ada beberapa option anda boleh lakukan.
-> Sekiranya anda ada cash yang banyak, sila buat jumlah bayaran penuh untuk tunggakan tersebut.
-> Sekiranya anda tiada cash, boleh apply untuk pengeluaran acc 2 KWSP untuk menyelesaikan jumlah tunggakan.
Sayang nak keluar duit akaun 2 sebab nak reserve duit deposit beli rumah? Percayalah kalau anda tak settlekan tunggakan tersebut, tiada bank nak bagi pinjaman perumahan anda. Jangan risau. Utamakan apa yang perlu.
* Key point - Selepas tunggakan diselesaikan, sila ke kaunter PTPTN untuk membuat penstrukturan semula pinjaman PTPTN
(Perkara ini akan mengurangkan komitmen bulanan anda)
-> Sekiranya anda merupakan peminjam bawah skim konvensional, sila selesaikan 50% dari bagi tunggakan serta kos-kos pentadbiran dan sebagainya untuk anda memohon pertukaran kepada skim ujrah. Skim ujrah akan menjimatkan banyak wang anda.
-> Sekiranya option 1 & 2, tidak boleh anda lakukan, anda boleh membuat pembayaran lebih setiap bulan.
Contoh, sekiranya anda tertunggak selama 24 bulan dan bayaran balik bulanan adalan RM 200 sebulan, usahakan untuk bayar RM 500 sebulan
Maka, tunggakan anda akan clear dalam masa 2 tahun. Lama bukan?
====================================================
3 Langkah Mudah Selesaikan PTPTN dengan segera
(Di samping mengikut Jadual Bayaran Balik dengan displin)
1. Duit Bonus
Anda ada duit bonus? Gunakan 50% dari duit bonus setiap tahun untuk bayar PTPTN. Nescaya, baki PTPTN anda akan cepat berkurang
2. Potong perbelanjaan tak perlu dan buat bayaran lebih PTPTN setiap bulan
Sekiranya anda masih lagi seronok tengok ASTRO dan baki pinjaman PTPTN anda masih banyak, sila insaf. Kerana duit bayaran ASTRO boleh dibuat sebagai bayaran lebihan pada PTPTN. Nak seronok memang best, tapi ada tempatnya dan ada masanya. Berkorban sementara tak salah.
P/s: Hanya contoh - Boleh jadi percutian yang melebihi kemampuan, kereta yang setiap tahun kena tukar sport rim dan sebagainya
3. Cari pendapatan sampingan
Cari pendapatan sampingan untuk menampung komitmen sedia ada dan membuat bayaran extra kepada PTPTN setiap bulan. Nescaya, anda akan lihat baki pinjaman akan turun dengan cepatnya.
====================================================
What's More? (Insentif Bajet 2017)
1. Untuk dapatkan rebate 10% ke atas pinjaman PTPTN anda, anda hanya perlu
-> Diskaun 10% untuk bayaran sekurang-kurang 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran
Atau
->Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau Direct Debit mengikut Jadual Bayaran Balik (JBB) ditetapkan.
2. Diskaun 15% untuk penyelesaian penuh keseluruhan baki hutang pinjaman.
====================================================

How It All Started?

Do you know how frustrating it is to find that one article that you have written on your Facebook?

Or maybe I am not so smart to use the SEARCH button. 

Either way, that is when I knew I need to put all my articles or stories in a blog. 

So here it is, a blog dedicated for FINANCIAL KNOWLEDGE. 

This will also includes my journey towards becoming FINANCIALLY SAVVY WOMAN! 

Oh Yes. I will write in both Bahasa and English whenever I feel like it. 

So here it is. 

Bismillah.